Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi
Angkatan Bersenjata Persekutuan, seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41
yang berikut:
"41.
Perintah tertinggi angkatan tentera.
Yang
di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."
Yang
di-Pertuan Agong juga merupakan sumber pengampunan dan mempunyai kuasa untuk
mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang
dibicarakan oleh mahkamah tentera dan juga bagi semua kesalahan yang dilakukan
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Hal ini diperuntukkan dalam
Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
"42.
Kuasa bagi mengampun, dsb.
(1)
Yang di-Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan
hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah
tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Gabenor sesuatu Negeri adalah
berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan
lain yang dilakukan di Negerinya."
(2)
Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menyentuh mana-mana peruntukan
undang-undang persekutuan berhubung dengan remitan hukuman kerana berkelakuan
baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberi oleh undang-undang
persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremit, menggantung atau
mengurangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh Yang
di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau
oleh sesuatu mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa dalam Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan, dalam apa-apa hal lain,
kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor bagi Negeri di mana kesalahan
itu telah dilakukan.
(3)
Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan kesemuanya atau sebahagiannya di luar
Persekutuan atau di beberapa buah Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh
menimbulkan waham di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi
maksud-maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah
dilakukan di Negeri di mana kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal
ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya, hendaklah masing-masing dianggap sebagai suatu Negeri.
(4)
Kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:
(a)
iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan
Agong, ialah antara tugas-tugas yang peruntukan mengenainya boleh dibuat oleh
undang-undang persekutuan di bawah Perkara 40(3);
(b)
iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor
sesuatu Negeri, hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang
ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).
(5)
Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah mengandungi
Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daipada
tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor; tetapi Peguam Negara
boleh dari semasa ke semasa dengan suratcara mewakilkan tugas-tugasnya sebagai
seorang ahli Jemaah itu kepada seseorang lain, dan Raja atau Gabenor boleh
melantik seseorang untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli
Jemaah yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak berupaya menjalankan
tugasnya.
(6)
Ahli-ahli Jemaah Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Gabenor hendaklah
dilantik bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula, tetapi pada bila-bila
masa boleh meletakkan jawatan sebagai ahli jemaah.
(7)
Seseorang ahli Dewan Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh
Raja atau Gabenor untuk menjadi ahli Jemaah Pengampunan atau untuk menjalankan
bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah.
(8)
Jemaah Pengampunan hendaklah bermesyuarat di hadapan Raja atau Gabenor dan Raja
atau Gabenor itu hendaklah mengetuai mesyuarat itu.
(9)
Sebelum Jemaah Pengampunan memberi nasihatnya mengenai apa-apa perkara ia
hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan
oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.
(10)
Walau apa pun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan
menangguhkan hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan
hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di
bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri
atau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah
dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri
itu.
(11)
Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan hanya satu Jemaah
Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
dan peruntukkan-peruntukkan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah dipakai
mutates mutandis bagi Jemaah Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa
sebutan mengenai “Raja atau Yang di-Pertua Negeri” hendaklah ditafsirkan
sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai “Ketua
Menteri negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang
bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya.
(12)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika
kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:
(a)
kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki
dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak
perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong
yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu
di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya;
(b)
dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu
Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu
hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang
berikut hendaklah terpakai:
(i)
apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan
Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh
disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka;
(ii)
sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis
Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan
oleh Peguam Negara tentang perkara itu;
(c)
dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri
berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya mengikut mana-mana yang
berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang
dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut
nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.
(13)
Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja
Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang
di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja.
· Hak
Keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera Di Sabah dan Sarawak
Salah
satu tanggungjawab yang penting oleh Yang di-Pertuan Agong ialah menjaga hak
istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hal ini
dijelaskan dalam Fasal 153 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
"153.
Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu.
(1)
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan
kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukkan Perkara ini."
· Sumber
Penghormatan dan Kebesaran
Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan sumber penghormatan dan
kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada warganegara
dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua
negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dengan Hari
Keputeraan Baginda.
· Fungsi
diplomatik
Sebagai
Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar
negara dan juga menerima mengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di
Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka.
· Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab
yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda juga bercemar duli
menghadiri pelbagai majlis dan acara.
No comments:
Post a Comment