DEMOKRASI BERPARLIMEN DI
MALAYSIA
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat
untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen
adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu
Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
DEMOKRASI BERPARLIMEN
Pemerintahan yang dijalankan
secara perwakilan Dibentuk melalui
proses pilihan raya Rakyat diberi mandat
untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka sekaligus menjadi wakil rakyat
di Parlimen Dalam erti kata lain
demokrasi berparlimen bermaksud ‘kerajaan rakyat’
PILIHAN
RAYA
·
Satu
kaedah bagi rakyat untuk mengundi bagi memilih wakil mereka. Turut berperanan
untuk mengesahkan mereka yang memegang kuasa Merupakan satu bentuk komunikasi antara
pemerintah dan yang diperintah
·
Pengundian
dilakukan secara sulit dan ketelusan pengundian tercapai melalui prosedur yang
kemas dan teratur
·
Pengiraan
undi dilaksanakan secara terbuka.Calon yang mendapat undi yang banyak akan
dikira sebagai pemenang.kemenangan tetap dikira walaupun majoriti mudah.
·
Pilihan
raya adalah satu ciri yang penting dalamsistem demokrasi berparlimen di
Malaysia
FUNGSI PILIHAN RAYA
·
MENUBUHKAN
SEBUAH KERAJAAN DEMOKRASI
·
MENGEKALKAN
PUCUK PIMPINAN
·
PEMILIHAN
CALON BAGI MENGISI JAWATAN TERTINGGI KERAJAAN
·
MENGUATKAN
KESTABILAN DAN LEGITIMASI DALAM SEBUAH ORGANISASI DAN KOMUNITI POLITIK
·
MENERUSKAN
LEGASI NEGARA DEMOKRASI BERPARLIMEN
·
MEMBERI
PELUANG KEPADA RAKYAT UNTUK MEMILIH DAN MENUKAR PUCUK PIMPINAN
JENIS – JENIS PILIHAN
RAYA
Terbahagi kepada 2 : Pilihan raya umum Pilihan
raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan secara serentak di seluruh
Semenanjung Malaysia. Bagi Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan
Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana- mana
kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin
disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan, dan pelucutan
jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi
Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
·
SPR (
Election Commission Of Malaysia ) sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab
dalam semua urusan pilihan raya Malaysia
·
Ditubuhkan
pada 4 September 1957 mengikut perlembagaan Perkara 114 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia
KEANGGOTAAN
SPR
Persekutuan yang
dianggotai 1 pengerusi dan 2 ahli pada ketika itu. Pada tahun 1963 ahlinya
ditambah kepada 3 orang manakala pada tahun 1981 ditambah pula timbalan pengerusi
dan Encik Abdul Rahman Bin Abu Hassan orang yang pertama memegang jawatan itu.
Pada 2002, keanggotaan SPR ditambah menjadi 7 orang ahli, Pengerusi, Timbalan
Pengerusi dan 5 orang ahli termasuk 1 dari Sabah dan 1 dari Sarawak
Pengerusi, Timbalan pengerusi dan 3 orang ahlinya dilantik oleh YDPA atas
nasihat MRR ( majlis raja raja ). Syarat kelayakan ahli SPR ialah:
1. Berumur tidak melebihi daripada 65 tahun
2. Seorang yang tidak muflis
3. Tidak memegang jawatan bergaji yang lain
4. Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana
majlis Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri
SPR membentuk sebuah
urus setia bagi menjalankan fungsinya yang diketuai oleh setiausaha. Setiausaha
yang pertama H.Cassidy (1957 – 1958)
Kedudukan SPR termaktub
dalam pekara 113-120 Perlembangaan Persekutuan yang menggariskan peranan SPR
sebagai sebuah badan yang menjalankan proses Demokrasi Negara melalui pilihan
raya yang adil dan saksama.oleh itu SPR adalah badan bebas daripada pengaruh politik
FUNGSI SPR
v
Mengkaji
dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya
v
Menjalankan
urusan pedaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih
v
Menjalankan
pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
v
Mendaftarkan
calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan
kelayakan yang diperlukan
SISTEM PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Diadakan 5 tahun
sekali Memilih wakil – wakil rakyat di
Dewan Undangan Negeri bagi mengetuai Kerajaan Negeri dan wakil – wakil Dewan
Rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Dipertanggungjawabkan kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terdapat dalam Perkara 113 – 120
Perlembagaan Persekutuan Dibubarkan oleh
YDPA peringkat persekutuan dan Raja / Yang Dipertuan Negeri bagi peringkat negeri
(melalui nasihat PM / MB) Perlu diadakan
dalam masa 60 hari bagi semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
Undang-Undang Dan
Peraturan Pilihan Raya:
1. Perlembangaan Persekutuan
2. Perlembangaan Negeri
3. Akta Pilihan Raya,1958 (Akta 19)
4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
5. Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya)
Pilihan Raya 1981
6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih)
Pilihan Raya 2002
7. Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos)
Pilihan Raya 2003
Undang-Undang yang
tiada kaitan dengan pilihan raya yang memain peranan dalam kelacaran pilihan
raya
1. Akta Polis 1962
2. Akta Hasutan 1970
3. Akta Rahsia Rasmi 1972
4. Akta keselamatan dalam negeri 1960
BILANGAN KERUSI/ KAWASAN
Ø
Seseorang
Calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu pilihan raya di Parlimen
( Pilihan Raya Umum )
Ø
Dewan
Undangan Negeri ( Pilihan Raya Negeri )
Ø
Sehingga
kini terdapat 222 Kerusi Dewan Rakyat ( Parlimen ) Dan 576 Kerusi Dewan
Undangan Negeri
PENSEMPADANAN SEMULA
BAHAGIAN-BAHAGIAN PILHAN RAYA
Sebagai sebahagian
daripada fungsi utamanya, SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan
bahagian Pilihan Raya Parlimen Dan Negeri.
SPR perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun
Ø
Sistem
pilihan raya ialah seseorang mesti mendaftar dengan SPRsebelum dia boleh
mengundi dalam Pilihan Raya bagi Dewan Rakyat Atau Dewan Undangan Negeri
Ø
Di Malaysia
kelayakan untuk mendaftar Jika:
1. Seorang warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada
tarikh kelayakan
3. Seorang penduduk di mana-mana bahagian
pilihan raya di Malaysia
4. Tidak kehilangan kelayakan
HILANG
KELAYAKAN PEMILIH
1. Pada Tarikh kelayakan, ditahan keran
dirinya tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara
2. Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati
bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih daripada 12 bulan dan
masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan
3. Telah didapati bersalah di bawah akta
kesalahan pilihan raya 1954
4. Telah memperoleh kerakyatan asing
SEMAKAN
DAFTAR PEMILIH
Ø
Dijalankan
sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. Daftar-daftar
pemilih baharu disediakan setiap 3 bulan sekali dan pendaftaran tersebut
dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan
Ø
Selepas
mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih
untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh SPR dalam tempoh sebulan. Semasa
semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan sudah
kehilangan kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar
berkenaan
KELAYAKAN
CALON
Ø
Dalam
system pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu
parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon
dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia dan bermaustatin di
Negara ini
2. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada
hari penamaan calon
3. Tinggal di negeri di mana di bertanding
Ø
Seseorang
calon akan hilang kelayakan sekiranya dirinya:
1. Telah didapati atau diisytiharkan tidak
siuman
2. Bankrap atau muflis
3. Memegang jawatan kepentiangan office of
profit
4. gagal mengemukakan laporan perbelanjaan
pilihan raya
5. Telah didapati bersalah oleh mahkamah di
Malaysia dan dijatuhkan hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari setahun
atau denda tidak kurang dari RM2,000 dan belum mendapat pengampunan
6. Telah memperoleh kewarganegaraan asing
PERMULAAN PILIHAN RAYA DAN PROSES PENAMAAM CALON
Ø
Pilihan
raya untuk dawn rakyat dan dewan undangan negeri seperti yang ditetapkan oleh
undang-undang, diadakan sekali dalam tempoh 5 tahun, kecuali jika dewan
dibubarkan lebih awal. Pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari selepas
tarikh pembubaran
Ø
Pilihan
raya kecil juga diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekesongan,sama ada
disebabkan kematian, peletakan jawatan atau Ahili dewan rakyat dan
dewanundangan negeri hilang kelayakan. Tarikh kekosongan kerusi ditetapkan oleh
SPR
Ø
Pilihan
raya umum atau pilihan raya kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya
oleh SPR kepada pegawai pengurus. Pada masa yang sama , satu notis akan
diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi
Ø
Hari
penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh SPR bagi
calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon
pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka
Ø
Kebiasaannya
kertas-keertas penamaan calon mestilah dikemukakan antara jam 9.00 pagi
sehingga 10.00 pagi pada hari penamaan. Kertas-kertas penamaan calon akan dipamerkan
dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi untuk diteliti dan menerima bantahan
Ø
Dalam kes
di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan pegawai pengurus akan
mengisytiharkan calon menang tanpa bertanding
DEPOSIT
Ø
Wang
deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi parlimen dan RM5,000 bagi kerusi negeri
perlu diserahkan kepada pegawai pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.
Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah
undi yang diperoleh semua calon yang bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan
raya berkenaan
PENGUNAAN
SYMBOL
Ø
Seseorang
calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan symbol parti jika
dia mendapat kebenaran bertulis daripada parti berkenaan. Calon-calon bebas
perlu memilih mana-mana symbol yang telah disediakan oleh SPR untuk di cetak
pada kertas-kertas undi
KEMPEN
Ø
Akta
kesalahan pilihan raya (pindaan) 2002. Kempen
hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti
dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi
Ø
SPR
menmpunyai kuasa di bawah pekara3(5) akta pilihan raya 1958 dan pekara 27A akta
kesalahan pilihan raya 1954 untuk melantik pegawai penguat kuasa dan membentuk
satu atau lebih pasukan-pasukan penguat kuasa di setiap bahagian pilihan raya
parlimen
Ø
Unit ini
dianggotai oleh pegawai penguat kuasa yang di lantik oleh SPR, seorang wakil
ibu pejabat polis daerah, seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang
wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding
Ø
Pegawai
penguat kuasa bertanggungjawab kepada pegawai pengurus, dan tugas pasukan ini
adalah untuk memantau bahab-bahan kempen, ceramah-ceramah, pilihan raya dan
perhimpuna umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang
dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar
Ø
SPR akan
menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa pada peringkat pusat, negeri,
bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti
politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai
undang-undang dan peraturan pilihan raya
Ø
Senarai
pekara yang mesti dipatuhi dan dlarang semasa pilihan raya akan disediakan dan
pekara-pekara ini perlu diberi perhatian kepada calon-calon dan petugas-petugas
parti:
1. Pengedaran risalah dan surat
2. Poster
3. Ceramah tertutup dan ceramah umum
4. Kempen dari rumah ke rumah
Ø
Parti-parti
politik dibenarkan membentang dan menjelaskan manifesto mereka masin-masing.
Mereka juga boleh menggunakan media elektronik. Deposit akan dipulangkan
sekiranya calon-alon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya dalam tempoh
14 hari selepas hari mengundi
Ø
Sepanjang
tempoh berkempen, pihak polis akan mengeluarkan garis-garis panduan kepada
calon-calon yang bertanding dari semasa ke semasa untuk memastikan kempen
pilihan raya berjalan secara aman
HARI
MENGUNDI
Ø
Hari
mengundi merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi, hari
mengundi bermula dari selepas jam 12.00 tengah malam dan berakhir dengan
pengumuman keputusan pilihan raya. Namun, waktu membuang undi ditetapkan dari
jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh
malysia
Ø
Bagi
kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran
proses membuang undi. Selain itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara
satu daerah dengan satu daerah yang lain. SPR biasanya akan mengeluarkan notisuntuk
memaklumkan orang ramai tentang pekara-pekara pilihan raya seperti
1. Tarikh mengundi
2. Lokasi mengundi
3. Waktu mengundi di semua lokasi mengundi
4. Lokasi pusat pengiraandan perjumlahan undi
Ø
Pengundian
dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat
mengundi mempunyai seorang ketua tempat mengundi yang mengawal setiap proses
pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi
BARUNG
SPR
Ø
Undang-undang
yang ada pada masa ini,melarang calon daripada mendirikan pondok di mana-mana
pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun,
parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya pondok
itu terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi
Ø
Bagi
memastikan kelancaran pengundian, SPR akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat
mengundi. Tujuan barung-barung ini didirikan adalah untuk mebantu
pemilih-pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran
supaya pengundian berjalan dengan lancer
KEBENARAN
UNTUK MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI
Ø
Hanya
pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat di dalam daftar pemilih bagi sesuatu
tempat mengundi sahaja boleh di benarkan untuk menbuang undi. Kad pengenalan
diri pemilih yang dikeluarkan oleh jabatan pendaftaran Negara digunakan sabagai
pengenalan diri dan perlu dintunjukkan tempat mengundi
Ø
Pegawai-pegawai
berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:
1. Ahli dan pegawai SPR
2. Ketua tempat mengundi dan kakitanganya
3. Calon-calon dan wakil calon
4. Ejenn-ejen mengundi dan ejen mengira undi
5. Mereka yang dibenarkan oleh SPR
CARA-CARA
MENGUNDI
Ø
Seorang
pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja, iaitu dengan menandkan ‘X’
bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi
perlu memasukannya ke dalam peti undi yang disediakan
Ø
Jika
diadakan pilihan raya serentak (dewan rakyat dan dewan undangan Negeri),
kertas-kertas undi mestilah ditandakan, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti
undi yang berasingan yang telah ditandakan dengan sama ada “PARLIMEN” dan
“NEGERI”
contoh memasukkan kertas undian di peti undi
UNDI
POS
Ø
Undi pos
dihantar dengan pos seawall yang mungkin kepada pemilih yanga layak mengundi
melalui pos. kertas undi pos mesti sampai kepada pegawai pengurus
selewat-lewatnya jam5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap
telah disediakan untuk menjaga kerahsian undi
PENGIRAAN
DAN PENJUMLAHAN UNDI
Ø
Pengiraan
undi dijalankan oleh ketua tempat mengundi atau di sebuah pusat pengiraan undi
yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh
pegawai pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan. Mereka yang di
benarkan memasuki tempat mengira undi:
1. Ahli-ahli dan pegawai-pegawai SPR
2. Pegawai yang dilantik oleh SPR
3. Kerani mengira undi
4. Calon, wakil dan ejen mengira undi
Ø
Kehadiran
ejen-ejen calon adalh untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut
keputusan-keputusan pengundian akan dikemukakan kepada pegawai pengurus di
pusat penjumlahan undi. Pegawai pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu
akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majority sebagai wakil yang
terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan
PETISYEN
PILIHAN RAYA
Ø
Keputusan
pilihan raya boleh di cabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh di buat atas
sebab-sebab berikut:
1. Sogokan, peras ugut atau sebarang salah
laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya
2. Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan
pilihan raya oleh mana-mana
Pihak
3. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi
undang-undang yang dilakukan oleh calon dan ejen-ejen
4. Calon atau ejen-ejennya didapati tidak
layak menyertai pilihan raya
Ø
Petisyen
pilihan raya mestilah dikemukakan e mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas
tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam warta. Selepas menjalankan
perbicaraan keatas petisyen berkenaan, jika hakim pilihan raya memutuskan
bahawa pilihan raya berkenaan di batalkan, SPR akan mengeluarkan notis yang
pilihan raya baharu akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut
PENYATA
PERBELANJAAN PILIHAN RAYA
Ø
Seseorang
calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya, tetapi tidak boleh
melebihi
1. RM200,000 bagi Calon Dewan Rakyat
2. RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
Ø
Laporan
perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh
31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam warta. Kegagalan
untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk
mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah
Akta kesalahan Pilihan Raya 1954
PENYIMPANAN
DAN PELUPUSAN
Ø
Dalam
proses pilihan raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undian
dokumen-dokumen lain berkaitan. Dokumen-dokumen ini mestilah di simpan di dalan
peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon.
Peti-peti khas ini akan disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai
Pengurus
Ø
Pengarah
pilihan raya negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan
jugacounter foils kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsian undi.
Peti-peti itu hanya boleh di buka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika ada
kes-kes petisyen
No comments:
Post a Comment